Saturday, July 13, 2013

susah

Assalamualaikum.

Dah form 5 pun. Sikit lagi nak habis sekolah, tak boleh bayangkan mcm mana kena tinggal kan sekolah tersayang.


Spm. Tekanan memang terasa. Nak nak lagi bila selalu bandingkan diri dengan top students. Bukan sengaja, cuma harap boleh memotivasikan diri supaya boleh maju. Tapi, bolehke?


Kadang-kadang, orang sangka kita ni tak ada masalah lain. Yelah, dah nama pun pelajar, memang tugasnya belajar.
Tapi mereka sering lupa, seorang pelajar masih ada tanggungjawabnya yang lain, yang lebih utama.
Kena jaga hubungan dgn ibu bapa, ahli keluarga, guru, shabat, adik adik, dan paling utama dgn Allah.

Memang semua tu basic. Tapi yang menyukarkan adalah hati. Tiada siapa mahu susah. Tiada siapa nak dugaan. Tapi Allah dah tetapkan, kalau dugaan dtg maknanya iman kita meningkat, insyaAllah.

Cuma, tiada manusia yang maksum. Mungkin ada yang kata Kemy ni kasar, cakap lepas or whatsoever. Tapi sejujurnya, tak ada manusia yang dilahirkan bertujuan menyakitkan hati orang lain.
Kemy sedar kesalahan Kemy.
Kemy tahu Kemy patut berubah.
Tapi persekitaran Kemy tak membantu. Orang akan kata, kita tak boleh slahkan environment bila kita y sebenarnya bersaah.

Tapi, bukan semua orang imannya kuat, bukan semua orang mentalnya kuat.
Kemy mudah terpengaruh dengan benda lain.

Kemy mudah kecewa dgn diri sendiri.

Bukan sbb bersikap bodoh atau tak profesional, tapi sbb Kemy sng fikir dalamdalam kelemahan Kemy sehingga hampor berputus asa.
Sampai ada saat Kemy terfikir, aku ni dah gila ke?


Bila sedar kembali, astaghfirullah. Hampir saja KKemy menyalahkan takdir.
Saat air mata menitis, Kemy cuma mampu berkata 'aku tak kuatYa Allah'. Mengharapkan Allah meringankan beban yang jika dilihat org lain kelihatan remeh shj.
Tapi Kemy tak kuat.


Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.
Ustazah Kemy pun pernah kata, nak masuk syurga, kena lepasi duri durinya dahulu.


Kemy selalu fikir, macam mana nak masuk syurga? Dengan situasi mcm ni? Takkan nak masuk sorang2? Lagipun, Kemy bukannya alim ulama atau rasul atau nabi atau tergolong dlm wanita solehah. Datang shj ujian, boleh hadapi dgn tng. Sdgkan nak handle kawad pun dah marah.


Orang sangka, perempuan y bertudung labuh, atau berpalaian sopan layak digelar ustazah, tinggi imannya, banyak amalnya, boleh dijadikan contoh.
Tapi, mereka y memakai jilbab pun manusia biaaa. Ada nafsu, pelupa, dan sebagainya.


YaAllah, kenapa aku rasakan sukar bernafas di bumiMu ya Allah?