Friday, March 11, 2016

Adab Melayu dan adab berilmiah?

بسم الله الرحمان الرحيم
As-salam 'alaik.

Selalu terfikir, adakah perlu meletakkan basmalah pada setiap entri blog? Atau sekadar adab? Atau sekadar lagak orang yang berilmu?
Sudah tentuk tak. Ia merupakan sunnah untuk kita memulakan setiap perkara dengan basmalah, dengan harapan Allah swt meredhai setiap perbuatan dan kata-kata kita insyaAllah.



Dah lama berada di fikiran. Bangsa Melayu, merupakan bangsa yang sungguh terkenal dengan kayanya adab dan budi. Tak percaya? Bila kalian menunaikan umrah atau haji nanti *insyaAllah lihatlah, ramai yang menyatakan bangsa Melayu bangsa yang paling lembut, dan santun.

Tapi hakikatnya, Melayu ini terlebih adab dari intelek dan integriti. Dalam erti kata lain, beradab tak bertempat.

Kenapa saya berkata begitu? Lihatlah di sekililing. Di stesen LRT, di pusat membeli-belah, di tepi jalanan, atau tak perlu susah, lihat saja di tempat kerja atau belajar. Adab? Terlihatkah adab di situ? Terlihatkan nilai-nilai kebudian Islam di situ? Melayu yang selalu sinonim dengan kalimah Islam di nusantara ini?

Saya hanya gelak sinis.


Kalau benarlah Melayu ini sungguh beradab, mengapa masih ada yang membiarkan saja sampah di tepi jalanan? Mengapa masih ada yang tak memberi tempat duduk untuk warga tua dan yang tak berkemampuan di tempat awam? Mengapa masih ada yang tak mengikut etika berpakaian yang sopan? Mengapa masih ramai yang bebas bergaul lelaki dan perempuan, bergesel menggedik di khalayak? Mengapa masih ada sungguh sukar untuk mengukir senyuman?

Bukankah itu semua adab? Tak perlu senaraikan semua, hakikatnya memang Melayu ini adab tak bertempat.

Mana adabnya Melayu sekarang?

Pada pemerhatian saya, adab Melayu ada pada umur, pangkat, darjat, kekayaan dan perkara-perkara yang sungguh materialistik.
Contoh?
Orang yang muda sentiasa salah, orang tua sentiasa betul; jika yang muda cuba membetulkan yang tua, tak kisahlah fakta atau tingkah laku atau apa saja, yang tua pasti akan tepis sahaja pembetulan yang muda, hanya kerana dia lagi muda.

Begitu juga dengan pangkat dan lain-lain. Seolah-olah orang yang lebih rendah tiada hak langsung untuk bersuara atau didengar pendapatnya.

Seolah-olah yang muda ini sentiasa jahil, sentiasa tak berpengalaman, sentiasa kurang ilmu, sentiasa tiada kelebihan dari yang tua. Hanya sebab umur yang muda.

Sedangkan tahap intelek seseorang atau pengetahuan seseorang bukanlah berdasarkan umur, ataupun pangkat. Apa yang menentukan intelek dan pengetahuan seseorang hanyalah bahan bacaannya, diskusi-diskusi ataupun apa saja usahanya untuk menimba ilmu. Amatlah tidak adil jika diukur dasar kecerdikan seseorang hanya berdasarkan tahun hidupnya.



Sedangkan Imam Syafie juga pernah tidak sependapat dengan gurunya Imam Malik. Tapi beliau menyatakannya dengan penuh ilmiah dan hikmah, budaya orang timur tengah untuk menyuarakan pendapat adalah dengan menulis sebuah buku. Mereka tidak bergaduh bermasam-muka dan menjadi tidak sekutu, malah mereka berbincang, berdiskusi atau berdebat untuk menyuarakan pendapat masing-masing dengan hujah-hujah yang ada.


Tetapi di Malaysia, kerana terlalu ikutkan peribahasa "lebih makan garam", budaya perbincangan ilmiah terhapus begitu sahaja. Malah mungkin tak pernah wujud dan berkembang sejak azali lagi.


Bagaimana Malaysia hendak maju? Bagaimana Melayu nak maju kalau dihentikan, ditutup, dipotong segal setiap buah fikiran orang-orang muda? Katanya orng mudalah bakal pemimpin negara, bakal peneraju negara, tapi bagaimana hendak diasah dididik anak muda untuk memimpin, untuk berkembang, untuk maju, untuk berwawasan kalau idea-idea mereka disekat, malah diantagoniskan?


Seluruh negara tahu, menjadi norma untuk kerajaan menyekat sebarang diskusi ilmiah atau ceramah yang melibatkan sebarang individual yang cuba menegur kesalahan pihak kerajaan di IPTA. Malah ada yang melibatkan tokoh debat muda dari UIAM yang sudah terkenal dengan perbincangan ilmiahnya dan kecerdikannya dalam berkata-kata.


Entahlah. Bagi saya semua ini bermula dengan adab tidak bertempat.

Malay saya sendiri pun sukar untuk menyatakan pendapat saya apabila berbincang tajuk-tajuk panas dengan saudara-mara, hanya kerana saya masih muda. Mentah katanya.


Malaysia tak akan berubah, selagi tidak digalakkan pemikiran dan perbincangan begini di kalangan anak muda.


Salam dari In A Mind Of A Teenager, yang serabut fikir Melayu yang lembab. (walaupun saya sendiri lembab).

*sigh
*p/sBahasa Melayu penuh!
*p/s/s BahasaMelayu masih kukuh di jiwa
*p/s/s/s MasyaAllah sisterr