Thursday, August 6, 2015

Kahwin muda?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Assalam 'alaik.

Tiba-tiba dalam rasa kemalasan nak siapkan assignment, terdetik hati nak tulis pasal kahwin muda.
Jadi, apa kena dengan kahwin muda ni?

Apa yang saya tulis ni, sepenuhnya dari fikrah dan pandangan saya sendiri, setelah pemerhatian yang sekian lama dari tulisan-tulisan pandangan orang lain dan juga, dari mereka yang telah pun berkahwin muda.

eceh.

Yang pertama sekali, tak perlu sangat pun kahwin muda. It all depends on what you want to achieve first in your life, or simply your priority.

Apa yang kita utamakan dalam hidup?

Apa yang kita nak capai dulu sementara muda ni?

Apa yang kita nak lihat dalam dunia di sekililing kita?

Kita masih muda, maka kita ada kudrat untuk menggapai impian yang kita tanamkan. Why not try and strive for it?


Hence, setelah menjawab soalan-soalan di atas dan juga susunan kepentingan hidup kita ni, dah boleh menjawab adakah perlu atau boleh untuk seseorang itu berkahwin pada usia yang muda (termasuk juga faktor-faktor yang lain).

Oh tapi, sepatutnya by the time dah habis SPM, atau dah masuk umur 16 dah boleh nampak apa impian dan cita-cita yang perlu sangat untuk digapai, untuk menentukan hala tuju hidup.


Cthnya, kalau seseorang itu berimpian untuk mendapat pekerjaan yang stabil dulu, lepas tu nak support family sendiri, balas jasa mak ayah dan sebagainya, it is decided then yang dia perlu kahwin selepas selesai urusan dia, atau hampir selesai.

Tapi boleh je kalau nak kahwin juga, kalau dia fikir dengan adanya isteri/suami, ada lah orang nak mengadu, berkongsi cerita suka duka, sama-sama sanggup berpenat lelah, atau senang cerita untuk meringankan beban di bahu, since the sadness can be shared into two.

Tak tahulah boleh faham ke tak ni. adeh.



Kemudian, tengok pula kualiti diri sendiri tu macam mana. Dah layak sangat ke nak ambil anak dara orang dan jaga dia sepanjang hidup? Dah mantop sangat ke didikan hati dan jiwa tu nak sehidup semati dengan orang lain?

By sehidup semati, boleh bayangkan yang kita ni, lepas kahwin, tengok muka sama tiap-tiap hari, 24/7. Tengah gaduh pun kena tengok muka dia, tengah sedih pun muka dia. Lepas tu sesetengah lelaki yang hot temper, perempuan yang kuat merajuk dan manja tak bertempat. Nak adapt dengan lifestyle masing-masing lagi. Oh my..

Sebab tu, bila dah terfikir 'eh aku rasa dah layak nak kahwin' think again brothers sisters.
Nak tahu cukup ke tak kriteria untuk jadi pasangan orang ni,, sila baca di bawah..

1. Toleransi; before kahwin ni kena belajar hidup bertoleransi. Kalau ada masalah tak puas hati dengan orang lain kena pandai tackle rasa marah diri sendiri dulu, baru confront, berhadapan dengan masalah. Masa kahwin, banyak benda nak kena tolerate. Suami tak basuh pinggan la, masuk rumah tak basuh kaki ke, tak kemas surat khabar lepas baca. Ataupun isteri yang kuat merengek, manja, kuat membebel. Habit partner yang kita tak biasa, rasa tak selesa tengok dia buat sesuatu benda. Heol. Benda ni nampak je kecil. Tapi kalau tak reti nak tolerate, boleh perang besar tahu?!

So, belajar untuk tolerate, bertolak ansur dengan orang lain dahulu, belajar kawal amarah dalam hati, jangan sampai termeletop pula.


2. Hormat: hormat? basic je kan. Tapi kadang-kadang benda basic kita terlepas pandang. Dalam perkahwinan, pasal hormat ni bukan isteri kena hormat suami je. Suami pun kena hormat isteri. In every single thing. Hormat suami masa tengah baca surat khabar, masa makan. Suami pun hormat isteri dengan TIDAK mengherdik atau memalukan isteri di depan atau belakang khalayak. Respect is all about taking care of the other person's dignity and pride. Especially in Islam, respect is manners. Dalam Islam, semua benda sudah diajar. Adab ketika makan, adab berbual and so on.

So, belajar hormat orang dulu ok sebelum nak berangan nak kahwin. Terutama untuk suami yang bila isteri tengah period. You guys just never know.


3. Menghargai: yes! To appreciate every little effort he/she had done! Suami menghargai isteri masak, jaga rumah, lipat kain, or even appreciate setiap cara si isteri melayani suami, dari segi tutur kata dan tingkah laku. Tak rasa nak hargai ke kalau perangai isteri ni sangat menenangkan dan mendamaikan?
Dan isteri appreciate suami pergi kerja, balik on time, gerak bangun subuh, jadi imam, tolong buat kerja rumah, dan juga yang paling penting, appreciate suami yang setia jujur dan menjaga perasaan.

Jangan jadi orang kufur nikmat. Allah dah bagi setiap nikmat untuk dinikmati dan dihargai dan disyukuri, bukan untuk menidakkan dan buat-buat tak nampak.


4. To listen: kena pandai untuk mendengar luahan orang. Atau pun bebelan. Ataupun cerita potpet and so on. Bila dah kahwin ni, suami jadi bff isteri, isteri jadi bff suami. Kalau tak dekat partner sendiri nak cerita pasal hal pejabat, politik, keluarga and so on, siapa lagi? Itu je lah teman berbual yang insyaAllah boleh dipercayai. Kahwin untuk sepanjang hidup kot. Tiap-tiap hari jumpa. Kalau kawan, ada masa adalah dia, ada masa menghilang. Kawan pun ada life dia sendiri.

Be a good listener. kalau rasa bosan tak tahu nak reply just angguk say yes untuk jaga hati. Kalau ada benda yang nak diperbincangkan/dipertikaikan or so on, boleh je. Tapi kena guna bahasa yang lembut, bukan kasar, bukan emosional.


5. Sharing: Dah kahwin, mestilah nak kena kongsi banyak benda. Dari bilik air, bilik tidur, makan, tv, sampai keluarga pun nak kena kongsi. Everything must be shared, kecuali certain things yang memang tak boleh nak kongsi. Selimut pun kongsi ok. Tak ada nak main tarik-tarik selimut malam-malam.


6. Pendidik: Suami didik isteri, isteri nasihat suami, isteri pula bila ada anak, kena asuh anak tu. Skill mendidik tu kena ada. at least yang basic! At least isteri wajib ada kemahiran mendidik anak! Suami kena pandai mendidik isteri! Pernah saya terfikir, kalau kahwin nanti rasa macam nak upah pengasuh so boleh asuh anak tu betul-betul from every single aspect. But then, kenapa diri sendiri je yang jadi pengasuh anak?
Yang ajar anak adab-adab, soal agama, alQuran, solat, puasa, akhlaq, lepas tu nak ajar kemahiran semua, membaca melukis, bahasa-bahasa. Itu semua tugas ibu! jangan ingat nak lepas tangan dekat cikgu, bila nak tak menjadi nak salahkan cikgu. Sedangkan tanggungjawab mendidik yang utama ialah pada ibu bapa itu sendiri!

Sebab ada orang kata, nak cari isteri tu, ibarat mencari madrasah, sekolah untuk anak-anak. Ilmu agama di dada kena sentiasa di tambah.




6 tu je yang boleh fikir untuk kriteria wajib kena ada sebelum kahwin. Tak ada pengalaman lagi, tak boleh nak cakap banyak.


Kemudian, kemampuan! Mampu nak nikah? bukan pasal masa akad nikah majlis kahwin, tapi masa nak hidup berdua tu!

Dah cukup harta untuk lelaki nak tanggung isteri dan anak? Kalau tak cukup lagi, dah ada usaha untuk cukupkan? Ada usaha cari kerja menambah sumber pendapatan?

Nak kumpul duit ni, bukan bila dah jumpa pasangan. Awal-awal lagi dah boleh kumpul duit untuk perancangan masa depan. Bila dah jumpa calon, dah tak ada masalah tentang nikah dan walimatul urus. rumah dan benda basic penda dah settle.

Yang perempuan pula, jangan nak susahkan yang lelaki. Kalau nak lebih, boleh cari sendiri.



SO, overall ada dalam tiga benda saya bebelkan tentang benda yang membolehkan untuk kahwin muda. Heh..

Saya tak kisah sangat kalau nak kahwin muda, tapi tengok pandangan mak ayah saya dulu macam mana. Tapi kalau fikir, banyak lagi cita-cita tak tercapai, takut bila kahwin tergendala cita-cita sebab bertambah tanggungjawab.

Ok, insyaAllah sampai sini saja, sekali sekala nak juga cakap benda yang cliche. lol.

Wassalam alaik.

No comments:

Post a Comment