Tuesday, September 8, 2015

Tetapkan hati

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum.

Dah menjadi lumrah manusia yang melalui kehidupan remaja, pasti ada keinginan untuk menyayangi dan disayangi.

Banyak dugaan dan godaan yang dilalui seorang remaja, syabab, pemuda, tambahan pula dengan darah yang muda, cepat membara.

haih.

Walau macam manapun, kena cepat2 kalihkan hati semula kepada Allah.

Kita, walaupun dari lahir dah Islam, iman kita tak terus ada teguh dan kukuh dalam hati. Permulaan seseorang itu dengan Islam, adalah apabila dia menetapkan hati dia, nafas dia, jalan hidup dia hanya untuk Allah subhanahu wa taala, apabila dia bertemu dengan istilah dakwah, cinta akan Islam.

Dan untuk teguhkan tiang Islam itu bukan senang cepat dan mudah. Ada masanya. Bukan terus berkenalan terus wah megahnya binaan Islam dia.
Setiap orang ada jatuh bangun dia.

Ada masa masyaAllah, solat di awal waktu, banyak berzikir, dhuha tak tinggal.

Ada masa yang lain, banyak main telefon, melengah-lengahkan solat dan lalai.


Sedangkan Nabi kita salallahu alaihi wasallam pun berdakwah di Mekah selama 10 tahun. 10 TAHUN!

Semua maklum, masa di Mekah dakwah Nabi salallahu alaihi wasallam hanya bertumpukan akidah, keteguhan iman.

Ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan pun berkenaan keimanan.



Apa yang nak cuba disampaikan di sini, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Jangan sesekali berputus dari bangkit tetapkan hati hanya untuk Allah!


Lumrah manusia untuk saling menyukai, tapi jika belum masanya, tumpukanlah hati hanya untuk Allah.

Dia sahaja yang Berhak. Dia yang mencipta cinta. Dia yang menghapuskan cinta.



wassalam alaik.

p/s: bacalah buku Syed Qutb, 'ma'alim fi al-tariz' Milestones. banyak membuka minda tentang hakikat akhir zaman.


2 comments: