Sunday, January 21, 2018

Pandangan Terhadap Tarbiah Sentap

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tarbiah Sentap di sini bukanlah sejenis cara mentarbiah orang dengan kasar dan sinis, tetapi Tarbiah Sentap yang akan diulaskan adalah penerbitan Tarbiah Sentap, buku-buku Tarbiah Sentap yang diterajui oleh Ustaz Adnin Roslan.

 Saya mula mengenali tentang Tarbiah Sentap pada awal-awal tahun pengajian asasi di PJ, status-status Tarbiah Sentap di Facebook kerap dikongsikan oleh rakan-rakan kerana isinya yang begitu jelas dan terang tanpa berdalih. Kemudian, saya juga ada baca blog Tarbiah Sentap, atas dasar ingin tahu, dan rasa ingin membaca, sebab kenapa tidak?

Tarbiah Sentap tidaklah mengutuk atau menghentam individu-individu atau organisasi secara spesifik, bagi saya mereka hanyalah menyebutkan apa yang sedang berlaku pada zaman penuh hiburan ini, dan menghuraikan hukum-hukumnya dalam Islam sama ada ianya harus, sunat, wajib, makruh ataupun haram.

Sejujurnya saya suka membaca tulisan-tulisan Tarbiah Sentap sebab ianya sangat jelas dan tidak berlapik dengan kata-kata manis. Tarbiah Sentap tidak cuba menghalalkan apa yang haram, sebaliknya teguh dengan ajaran Islam dengan setegasnya.

Untuk sebilangan orang, mungkin cara ini sedikit ekstrem. Kalau diikutkan apa yang dianjurkan oleh Tarbiah Sentap, begitu banyak sekali amalan harina kita hari ini (termasuk saya juga) yang boleh mendorong kita ke arah keburukkan, atau bahasa 'buku-agama': ke lembah kehinaan.

Saya yakin itulah sebabnya mereka namakan penerbitan dan buku-buku mereka Tarbiah Sentap. Kerana isinya begitu jujur dan telus mengenai keadaan Islam zaman kini, yang membuatkan ramai yang tersentap dan terasa sendiri kerana sedarnya betapa sasarnya mereka dari jalan yang sepatutnya.

Tiga siri buku Tarbiah Sentap, dan 2 buku lain terbitan Tarbiah Sentap saya miliki dan baca.

Dari Kiri: Tarbiah Sentap 3, Tarbiah Sentap 2, Tarbiah Sentap, Momento, Kerna Syurga Bukan Percuma

WALAUBAGAIMANAPUN betapa bagus usaha-usaha penerbitan Tarbiah Sentap ini, begitu ramai yang saya jumpa meluahkan rasa bahawa Tarbiah Sentap ini penuh dengna negativiti.

Kata mereka, Nabi saw tidak menganjurkan tarbiah atau didikan secara sentap, berdakwah haruslah berhikmah, tarbiah secara kasar hanya akan membawa umat Islam menjauh dari Islam.

Saya rasa begitu banyak persoalan tentang pandangan-pandangan mereka mengenai Tarbiah Sentap ini.

Pertama, pernahkah mereka membaca tulisan-tulisan, hasil dan buku-buku Tarbiah Sentap?
Kedua, tahukan mereka apa maksud berdakwah secara berhikmah?
Ketiga, mereka menafikan Tarbiah Sentap atau mereka menyedapkan hati sendiri?

Siri buku Tarbiah Sentap


Persoalan-persoalan ini timbul difikiran kerana tidaklah bacaan saya tulisan Tarbiah Sentap ini kasar dan sinis dalam berdakwah atau menegur. Bagi saya, Tarbiah Sentap hanyalah direct to the point dalam menyampaikan dakwah mereka, yang juga mengikut Al-Quran dan Sunnah. Segala isi kandungan Tarbiah Sentap begitu rapat kaitannya dengan masalah sosial di kalangan remaja kini, dan inilah antara usaha mereka untuk membantu masyarakat berubah ke arah yang lebih baik.

Mengenangkan hal ini, sejujurnya saya rasa mereka-mereka yang menafikan Tarbiah Sentap ini, hanyalah kerana mereka mendengar Tarbiah Sentap dan terus membayangkan dakwah-dakwah yang penuh sinis dan cercaan tanpa membaca isi-isinya, ataupun mereka dalam self-denial kerana begitu banyak isi yang dikemukakan dalam tulisan Tarbiah Sentap kena padanya.

Ini adalah tulisan di belakang setiap siri buku Tarbiah Sentap, Untuk Siapakah Buku Tarbiah Sentap Ini.

Pada pendapat saya, Tarbiah Sentap hanyalah ingin menyedarkan Umat Islam, terutamanya dalam kalangan remaja bahawa hidup ini tak selamanya, dan hidup di dunia ini adalah ujian. Sesungguhnya kita bernafas dengan izin Allah, dan kita bernafas juga untuk Allah. 


Untuk mereka-mereka yang menafikan tulisan-tulisan Tarbiah Sentap dengan alasan tarbiah yang sentap itu tidak bermanfaat, pergilah lihat akaun Twitter Iblis Terlaknat dan bagaimana akaun tersebut berdakwah secara sinis dan sentap. Dan lihat juga jumlah followers dan retweets.

Mereka-mereka yang menafikan Tarbiah Sentap tidak dapat menerima hakikat tentang kebenaran yang terdapat dalam tulisan-tulisan Tarbiah Sentap. 



Akaun Twitter Iblis Terlaknat tidaklah salah bagi saya, malah akaun tersebut sebenarnya juga berusaha untuk berdakwah dengan caranya tersendiri. Mungkin orang suka kerana bahasanya yang 'muda', jika dibandingkan 'buku-agama' Tarbiah Sentap.


Sekian, pendapat dan pandangan saya berkenaan Tarbiah Sentap.

No comments:

Post a Comment