Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Dalam kesibukkan dan perasaan yang sungguh stress dengan sistem UIA yang tak membantu pelajar ni, ramai betul yang berbalas kata dekat medsos; antara pihak yang tertindas dan pihak yang rasa tertindas ni manja. LOL
Bila tengok/baca pertingkahan kata antara dua pihak ni, tercetus satu perkara dalam fikiran; Melayu dan budi bahasa. Orang kata Melayu ni terkenal dengan budi dan bahasanya. Sopan santun, baik, lemah lembut. Kekuatan bangsa Melayu paling hebat dari zaman Kesultanan Melaka hingga sekarang (walupun santun sekarang kurang banyaknya).
Walaubagaimanapun, saya rasa budi dan bahasa Melayu inilah yang menjadi kekurangan bangsa Melayu. It's like a double-edge sword.
Kenapa budi dan bahasa milik bangsa Melayu ni satu kelemahan?
Bangsa Melayu ni bahasa yang terlalu menjaga kesantunan. Kalau ikut tradisi bangsa Melayu, bahasa yang digunakan mestilah menyedapkan, tak mengguris hati, berlapik dan menjaga perasaan. Eh tapi tu kan benda bagus?
Betul itu perkara bagus. Yang tak bagus bila ia melibatkan permasalahan, perselisihan, atau masalah penyampaian maklumat. Contohnya; peribahasa Melayu: yang tua dihormati, yang muda disayangi. Tradisinya, yang muda tak punya suara untuk meluahkan, dan yang tua punya kuasa. Dalam kes masalah sistem UIA ni, bila pelajar-pelajar meluahkan perasaan tak puas hati, pelajar-pelajar dihentam kembali sebab berlaku & dianggap biadap, kurang ajar, dan tak menghormati institusi akademik yang mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar. Apa orang kata, tak berkat? Haa gitulah.
Kalau macam inilah bangsa Melayu, macam mana Melayu nak maju? Kena sentiasa menjaga perasaan dan adab kesopanan? Bukanlah saya kata nak selesaikan masalah ktia kena biadap. Tapi kita kena bezakan antara kebiadapan dan constructive criticism. Kalau betul pun orang tu biadap dalam meluahkan perasaan dia, amalkan peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih.
Orang Melayu ni terlalu ekstrim dalam menjaga tradisi dan budaya. Dalam mereka menjerkah orang muda kerana berlaku 'biadap', mereka juga telah melepaskan 'prinsip' mereka dalam berbudi dan berbahasa. Pertelingkahan yang berlaku antara dua generasi yang berbeza ni secara tak langsung menonjolkan juga sikap tidak professional sebab saling menghentam.
I really hate it when the elder ones think they can dictate the younger just because they are older. It's a form of fallacy, you know?
Percayalah, umur bukan ukuran kematangan dalam berfikir.
Ingat, buang yang keruh, ambil yang jernih.

No comments:
Post a Comment