Assalamualaikum wa rahmatullah dan salam sejahtera :)
Mesti ada yang terfikir, kenapa Kemy buat tajuk sekolah, sedangkan Kemy dah pun habis sekolah. Tunggu keputusan je sekarang. InsyaAllah dapat keputusan cemerlang :)
Sebenarnya, Kemy rindu sangat dekat sekolah. Macam mana boleh rindukan sekolah?
Apa yang Kemy rindu bukanlah mengenai kokurikulum atau kokorikulum, malah tak berkaitan pun. Kemy rindukan pengisian di sekolah Kemy, SMART. Namanya pun cukup gah bagi Kemy.
Bagi Kemy SMART ni sangat istimewa. Mungkin bagi orang lain SMART ni biasa-biasa saja, sebab Kemy pun tak tahu tentang kehebatan sekolah sekolah lain. Setiap sekolah mesti ada keistimewaannya sendirikan? :)
Apa yang istimewa sangat tentang SMART ni?
Sepanjang lima tahun Kemy bersekolah di SMART, Kemy berpendapat sekolah ini sangat mementingkan kerohanian. Banyak program program agama atau kerohanian dijalankan di sekolah. Malah, Kemy masih ingat, masa Kemy di tingkatan 2, JAIP (jabatan Agama Islam Pahang) ada datang buat ceramah, dari pagi sampai habis sekolah. Kalau nak kira kelas Kemy tak terlibat pun dengan ceramah tu. Tapi, disebabkan hari tu memang banyak cikgu Kemy tak ada, jadi ramailah rakan2 kelas Kemy ikut dengar ceramah tu.
Ya Allah, ceramah tu sangat menginsafkan. Tak ada tajuk khusus pun kalau tak silap Kemy. Penceramah tu pandai menyentuh hati dan perasaan kami semua, sampai ramai yang menitiskan air mata, atau dalam bahasa Kemy nangis selok haha sebab rasa insaf sangat, rasa takut sangat dengan Allah. Masa tu memang tak rasa segan langsung nak menangis. Yalah, bukankah di akhirat nanti air mata keinsafan itu akan membela kita insyaAllah?
Kemudian, di SMART juga Kemy dapat tarbiah secara tidak langsung melalui shabat sahabat Kemy dan guru guru. Bukanlah macam usrah atau apa, tapi mereka selalu mengingatkan walau apa pun yang berlaku sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah. Yalah, sekolah SMART bukan sekolah agama, cuma alhamdulillah Kemy duduk di kelas aliran agama.
Lepas itu, Kemy masa sekolah dulu kelas selalu berderet sampai petang kecuali hari Isnin dan Jumaat dari tingkatan 1 lagi. Dan Kemy rasa bersyukur sangat sebab surau di SMART sentiasa hidup dengan solat berjemaah oleh pelajar asrama atau pelajar yang ada kelas macam kelas Kemy. Jadi, setiap kali azan Zohor dan Asar (Zohor tak berpeluang sangat sebab masa tu masih dalam waktu sekolah, tapi kadang2 minta izin dari cikgu), Kemy sentiasa berpeluang untuk solat berjemaah bersama pelajar dan guru yang lain. Yang paling best, masa pelajar maahad yang jadi Imam, ataupun pelajar aliran agama yang jadi imam. MasyaAllah, memang sedap sungguh dengar mereka mengimami solat, walaupun setakat beri takbir, lain tau aura dia. Kemy dengan kawan kawan Kemy selalu teruja tentang siapa imamnya, sampai melebih pula kadang2 huhu.
Kemudian, perkara yang paling Kemy rindu sekali di sekolah SMART, ustaz Aziz dan ustazah Rohana. Sungguh, rindu betul. Sebab masa tahun tahun terakhir di SMART, ustaz Aziz dan ustazah Rohana lah yang paling banyak memberi nasihat dan semangat untuk kami sekelas. Mungkin sebab kamilah peneraju kelas aliran sains agama, jadi kami lebih rapat dengan ustaz dan ustazah.
Ustaz Aziz, selalu bergurau dalam kelas. Rapat sangat dengan budak lelaki. Selalu bagi nasihat tentang jodoh untuk masa hadapan, terutama pada kami perempuan supaya mencari lelaki yang soleh dan tak merokok. Ustaz selalu juga yang 'menganjurkan' jamuan kelas nasi arab dekat surau. Sampai habis semua orang kekenyangan sampai esok harinya. Ustaz selalu juga bercerita tentang kisah2 pelajar lain, supaya kami ambil iktibar. Kemudian, semua soalan berkaitan agama kami tanya kepada ustaz, lepas tu ustaz akan jawab sampai kami puas, atau ustaz rujuk kitab2 ustaz. Seronok juga sebab ustaz selalu bagi kami tengok kitab kitab ustaz, lepas tu ingat lagi ustaz bagi contoh 'pen' khat tradisional iaitu kayu yang dah diasah dan dipotong. Tulisan ustaz dekat papan putih, masyaAllah cantik! Ustaz selalu praktis khat dengan papan putih, cantiknya sampai kami tak rasa susah nak salin tulisan jawi. Banyak lagi yang telah ustaz kongsikan bersama, tapi tak akan cukup untuk ditulis di sini.
Ustazah Rohana pula, yang ajar Arab masa di tingkatan 5. Kelakar juga, sebab ustazah selalu pening kepala macam mana nak ajar kami semua, sebab POV kami teruk! Tak terlintas di hati ustazah yang kami ni sangat teruk Arabnya sebab tahun itulah kami nak hadap SPM. Ustazah banyak berkorban untuk kami, ustazahlah yang mengorbankan masa dan jiwa raga untuk bagi kami betul betul dapat apa yang diajar dari tingkatan 1 sampai 5. Ustazah juga, yang selalu bagi nasihat dan semangat supaya berusaha bersungguh sungguh walaupun harapan macam tipis je untuk sesetengah pelajar kelas Kemy. Hal-hal mengenai perasaan selalu dikongsikan dengan ustazah, ustazahlah kaunselor terbaik! Mungkin ustazah tak perasan, tapi ustazah selalu mencetuskan semangat dalam diri Kemy, ustazah yang selalu memberi kaunseling mengenai akhirat.
Cikgu-cikgu lain pun selalu juga bantu kami. Cikgu Khaizan, cikgu Faridah, teacher Faith, cikgu Hasnah, dan cikgu cikgu lain selalu bagi nasihat supaya sentiasa mengecapi kejayaan. Tapi yang paling seronok, cikgu cikgu semua beri kepercayaan yang tak terhingga dekat kami sekelas sampai kami jawab peperiksaan tanpa pengawasan guru. Kami hargai kepercayaan itu :)
Jadi, sekarang bila dah tamat sekolah, rasa rindu semua itu. Bila ada perseoalan tentang agama atau Arab, tak ada ustaz atau ustazah nak ditanya. Ustaz dan uztazah selalu sabar jawab soalan kami yang pelik2, sampai terfikir Kemy bila dah sambung pelajaran nanti boleh jumpa lagi ke mualim dan mualimah mcm ustaz dan ustazah? Hmm..
SMART, bukan sekolah yang Kemy rindu, tapi apa yang ada di sekolah itu yang mencetuskan kerinduan ini. Mungkin ini bukan sekolah yang terbaik, tapi cukup terbaik sampai menjadikan Kemy hari ini.
Kepada Allah saja Kemy meluahkan kerinduan, Kemy harap sangat kelas aliran sains tulen agama dikekalkan di SMART, dan pelajar2nya sentiasa pandai menjaga diri dan sekolah, sentiasa beradab dan menghormati guru, sentiasa menjadi legend untuk generasi yang seterusnya.
Sampai sini sahaja coretan Kemy, sampai bertemu lagi.
:), assalamualaikum

No comments:
Post a Comment